Terima Kasih sebab sudi melawat blog yang tak femes ni... dam harap, pe yang dam sampaikan kat blog ni dapat memberi sedikit ilmu kat korang.. Terima kasih ek.
Thursday, 24 May 2012
Cerita tentang kita
Suatu ketika dahulu, hiduplah sepohon pokok epal yang besar dan kanak-kanak lelaki suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya dan tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya. Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu. Demikian juga pohon epal yang sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.
Waktu terus berlalu dan terus berlalu..
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya. Suatu hari ada seorang kanak-kanak mendatangi pohon epal itu. Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
"Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”
Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya kepada orang ramai. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” .
Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira lalu dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.Namun setelah itu, kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.
Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihat kanak-kanak itu kembali..
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.
Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang - senanglah“
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.
Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun lama kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”
Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.
Kesimpulannya,
pepohon itu diibaratkan seperti ibu bapa dan kite merupakan si anak kecil itu yang selalu atau seringkali melupakan jasa kedua ibu bapa kita yang telah banyak membantu dalam membesarkan kita. seperti pepohon epal itu tadi yang membantu kita dalam membesar dan menjadi orang yang berguna dan bijak pandai sentiasa membantu kita setiap kali kita berada didalam kesusahan.
Tetapi mengapa kita sering saja melupakan jasanya setelah apa yang telah mereka lalukan untuk kita..? Jika diingatkan kembali,, semestinya setiap insan didalam dunia ini pernah dirotan dan dimarah oleh ibu dan ayah ketika kecil kerana kenakalan kita,right..? mesti ada yang timbul didalam hati perasaan marah dan benci kepada ibu dan ayah kerana merotan kita,, tapi adakah kita faham apa yang cuba disampaikan oleh ibu bapa kita itu..?
Mungkin ada sesetengah orang yang dibesarkan tanpa ibu dan ayah tapi jika yang dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu dan ayah semestinya pernah merasainya. Kita haruslah bersyukur diberikan ibu dan ayah kerana disitulah terletaknya segala jasa yang telah dicurahkan kepada kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment