Thursday, 6 September 2012

Reset "Absorber Full" Printer IP1880

Buat pengguna Printer Canon IP 1880. Cepat atau lambat pemakai printer Canon IP 1880 pasti akan mengalami hal seperti ini “Ink Absorber Is Full” seperti gambar printer dengan dakwat melimpah serta lampu lampu printer berwarna oren nyala berkedip-kedip. Kali ini Saya akan berkongsi sedikit ilmu mereset printer jenis IP ni..


Contoh Gambar Absorber Full


Cara-Caranya ialah :
1) Mula-mula cabut kabel power printer.
2) Pastu tekan butang power On Printer.
3) Pastu Sambungkan balik kabel tu tapi butang power On printer tetap ditekan tanpa lepas.
4) Tekan butang Resume sekali sambil power on tu tetap ditekan tanpa lepas.
5) Pastu lepaskan Butang power On tu.(biarkan printer tak diguna untuk seminit)
6) Dah siapppp..

Tapi Selepas reset macam tu printer masih kelip oren, maka reset lah guna software pulak..

Cara-Caranya : 
1) Download software disini :
http://www.ziddu.com/download/20744137/ip1880.rar.html
2) Pergi dalam folder pastu skroll kebawah sampai jumpa software nama "general Tool"
3) Pilih usb port printer anda.
4) Klik Device id
5) Di menu clear waste ink,pastu klik main, pastu platen
6) Pastu klik cleaning dan eeprom.
7) Masukkan kertas pastu klik test patern 1.
8) Bila dah siap, tutup printer, pastu buka balik...
9) Siapppp...

Thursday, 30 August 2012

Lawak Cari Kerja


     Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga.

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata:

Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini

Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?” tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata :

FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari

Bagus , satu jawapan yang baik ” kata CEO tadi. ” Kamu pula ? “tanyanya kepada calon kedua.

Calon Kedua berkata :

KELIP MATA,kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip"

Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan ” kata CEO itu.

Bagaimana kamu pula?” tanya CEO kepada calon ketiga.

Calon Ketiga berkata :

Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas” jawab calon ketiga.

Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?” CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

Calon Keempat berkata :

Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT” jawab calon keempat dengan yakin sekali.

“Haaa…? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?” CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

Thursday, 23 August 2012

Ayat 1000 Dinar


Assalamualaikum...

     Maaf Lah Sebab Post Islamic - Islamic nie... Dam Tau, Ade Orang Tak Suka.. Ade Cakap Kat Lua Dam Nie Tak Serupa Ngan Dalam Siber... Luar Buruk, Dalam Internet Bajet Baik Tol Tak..?? HakHakHak..!!

     Tapi Kan Takpelah, Tu Mulut Dieorang, Kite Sebagai Orang Islam, Kenalah Berdakawah Tol Tak? Walaupun Dengan Sepatah Perkataan.. Arini Nak Cerita Sket Pasal Kelebihan Ayat Ni.

    Ayat Ni Power, Banyak Gunanya. Dulu Masa Aku Susah, Takde Duit, Nak Beli Itu Ini Tak Boleh.. Dah Duit Takde... Nak Beli Guane Tol Kaannn... Ayat Ni Menyeru Manusia Supaya Lebih Berusaha Dan BertaQwa KepadaNYA.. Biasanya Kalo Pergi Kat Kedai-Kedai Mesti Ade Ayat Ni kang... Ayat Ni Membantu Kita Ketika Kita Dalam Kesusahan Atau Dalam Keadaan Kemiskinan Dan Terdesak..

     Cuba Korang Amalkan... Ayat Ni Diajar Sendiri Oleh Mak Angkat aku Dalam Facebook. Kemudian, Aku Try La Amalkan Ayat Ni... Cara Aku Macam Ni.. Bila Aku Takde Duit, Poket Kosong, Lepas Solat, Aku Baca Ayat Ni Dua Kali.. Selepas Tu Aku Niat Dalam Hati Dan Mengadu Kepada Allah Tentang masalah Aku.. Dan Biasanya Selepas 48Jam, Mesti Aku Dapat Call Dari Customer Suruh Buat Itu Ini Baiki Itu Ini... Biasalah Kerja Technician Komputer Ni.. Tapi Dari Aku Kenal Ayat Ni sampai Sekarang Aku Amalkan.. Maknanya, Dah 3 Bulan Aku Amalkan Ayat ni.. Alhamdullilah, Masa Raya Haritu, Dapat la Rm400 Seminggu Hasil Baiki Komputer.. Sempat Gak Beli Seluar Levis Ori Nak Wat Raya.. HAHAHAK!!

    Tapi Cubalah Amalkan Ayat ni,, Insyaallah, Akan Adenya Pertolongan Dari Allah Kalo Kita Yakin Dan Berserah KepadaNya, Dan Berusaha Menyelesaikan Masalah Tu.. Aminnn.. Semoga Gembira Harini Okehh!! Gua Gerak Luuu... Chaww...



Thursday, 16 August 2012

Reset E-27 Untuk Canon MP145


Berikut merupakan cara untuk memperbaiki dan reset Error 27 yang terdapat pada skrin printer canon MP145 tanpa menggunakan software..

Berikut merupakan langkah dan cara untuk reset error 27.

1. Masukkan kabel power ke printer
2. Tekan dan tahan tombol Stop/Reset
3. Tekan dan tahan tombol On/Off
4. Lepas tombol Stop/Reset lalu tekan 2kali
5. Tekan 4 kali tombol Stop/Reset , lalu tekan tombol On/Off 1kali
6. Tekan tombol setting
7. Tekan tombol black
8. Tekan tombol color
9. Tekan tombol On/Off
10.Tekan sekali lagi dan tekan On/Off . Selesai.

Buka printer sekali lagi dan printer akan kembali normal seperti semula, kemudian cuba test print pasti akan muncul error E16 lalu tekan dan tahan tombol Stop/Reset selama lebih kurang 30saat lakukan sebanyak 2 kali.

Thursday, 9 August 2012

Format Windows XP (Guna Pendrive)




     Hari tu aku dah buat post pasal Format Windows 7 dengan guna pendrive kan.. Okay, hari ni aku nak ajar pulak macam mana nak format windows XP dengan hanya menggunakan Pendrive.

     Biasanya orang yang format guna pendrive ni hanya EIO sekolah.. dan pada netbook yang takde support CD-ROM.

Langkah 1:
Berikut bahan-bahan yang korang perlu ada sebelum ke langkah seterusnya..
1) pendrive 1GB atau 2GB
2) CD windows XP
3) sebuah komputer yang ade tempat letak cd (CD-ROM)
4) Software dia Download kat :
(http://www.datafilehost.com/download-109e97af.html)

Langkah 2:
Cara nak buat pendrive tu boleh diguna untuk format netbook,ikut satu-satu ek.
1) Selepas download software dia, Install macam biasa pastu open software tu.
2) Masukkan CD windows XP anda kedalam CD-ROM dan pendrive. (cabut semua pendrive atau external yang korang xnak guna.nanti terformat padan muka.)

Langkah 3:

Kuning 1 : Tempat lokasi CD-Rom korang. Click Browse dan Cari Lokasi CD-Rom Korang.
Kuning 2 : Klick "Refresh" Pastu nanti terpapar la pendrive korang nak guna untuk format tu.
Kuning 3 : Klick Butang "Fixed"
Kuning 4 : Tekan Butang "GO" bila dah siap. dan tunggu siap pastu "EXIT".

Langkah 4:
1) masukkan pendrive korang kat pc yang korang nak format tu.
2) Settingkan Bios supaya boleh boot guna pendrive. biasanya kena tekan F9@F10@F11@F12.
3) Bila dah siap tekan boot, korang akan nampak dua ayat. Ayat baris paling atas adalah permulaan cara format. Baris nombor dua adalah untuk peringkat install yang seterusnya. anda kena amik baris nombor satu dahulu kemudian baru nombor 2.
4) Format macam biasa.

Thursday, 2 August 2012

Komputer Mampus Sendiri


Salam Sayang semua...

Hari tu ade sebiji PC dari Boss. Boss cakap komputer tu mampus sendiri.. tak tahu nape kes.. Boss pun tinggallah kat pejabat tu suh amik petang.. biasalah boss, mengarah, then aku ikut je... bila aku amik petang tu, kebetullan terserempat ngan tuan punya PC tu.. Then, tuan tu cakap,,,

"PC saya kalo tak usik tahan la 30minit. Tapi bila tekan START ke, tekan mane-mane ke, main game ke.. kejap je mampus.. terus shutdown. gelap gugup. so nak suruh la demer tengok ape yang rosaknya. kalo kena tukar barang tu, tepon la sepatah takot mahal.."

Ehem.. gitu la ceritanyaaaaaa.... jadi korang pernah tak jadi cenggini..?? so, aku pun malas nak cakap panjang.. sibuk ekpom..! aku ajar ek.. tak faham boleh kasi tau... boleh buat duit banyak tau mende ni.. biasa sekali repair charge RM15, tukar barang amik untung ag RM5, Pasang lak service rm5.. total semua rm25.. Senang je kan dapat rm25 dalam masa 1jam...

Caranya macam ni.. mula-mula korang check hardware dia dulu.. biasanya bila dia mampus sendiri sebabnya kilang dah design CPU tu supaya mampus sendiri bila sampai tahap kepanasan tertentu.. so kita tahu.. situ punca dia.. CPU!

step 1 :
korang bukak kasing PC tu, pastu tengok pada kipas tu,, ade habuk ke tak?? kalo ade habuk, korang cabuk kipas tu ngan skru driver,pastu bersihkan kipas tu (jangan basuh!, sapu ngan berus kering je!)... bila dah bersih, pastu pasang balik macam tadi. termasuk kabel power kipas tu.. Pastu try pasang komputer,, mampus ag ke tak..??
(kalo bukak komputer, wayar kipas dah pasang tapi kipas tak gerak, tu masalah kipas rosak. beli kipas baru kat kedai je rm15)

Aduhhh... Mampus ag lahhh.. macam mane ni..??!!

Then kita pergi ke step no 2:
   Kalo mampus jugak... korang bukak penutup CPU, tadi kan korang bersih kipas, pastu nampak besi setongkol bawah kipas tu kan..??tu namanya HEATSINK. Then, korang xpayah la cabut kipas tu,, korang bukak penutup besi tu pulak. ade jenis yang bukak hanya bukak klip je, contohnya PC jenis AMD. ataupun yang jenis INTEL, biasanya bukak ngan skru driver.. so, korang bukak lah benda setongkol tu.. biar je kipas tu melekat dengan besi setongkol tu.. kalo nampak habuk pada besi tu, korang bersih la sikit. baru kemas PC korang.. Then, korang bukak Processor yang melekat pada papan litar tu, biasanya kena tekan klip. baru terbukak mende petak tu..  pastu korang bersih la krim atas mende petak tu. lepas dah bersih, korang letak krim baru atas mende petak tu.. beli kat kedai krim tu.. cakap je nak beli TERMOPASTE. biasa rm5 je. paling mahal rm10. ikut la warna ape korang nak. ade dua jenis. silver dan putih. then sapu atas mende petak tu. pastu masukkan balik dalam papan litar,
(masa nak masukkan balik tu, perhatikan pada mende petak tu ade anak panah kecik. pastu masuk pada papan litar ikut anak panah pada papan litar.. biar searas anak panah tu.)
Pastu masukkan dan klip balik.. pastu pasang balik besi setongkol tu. pastu Pasang komputer, tengok mampus tak ag...

Adehh... Mampus jugak laaa...!!!!

Then step 3:
Kalo mampus jugak, tu maknanya windows korang rosak.. caranya?? format jerlaa.. abis cite... hakhakhahak....

Finale:
Senang je kan... easy je.. biasa aku buat rm15 minit je siap... Len kali aku ajar format lak ehh... minggu depan lah.. hahahakkss.. Stay Tuned..!!

Thursday, 26 July 2012

Apa Kata Lelaki..?


   Biasanya kalau kat internet yang selalu kita baca mesti ‘Girls Rulez’,tapi kini tiba masanya untuk aku dan para lelaki mengungkapkan isi hati. Cerita ni sejujurnya dari diri aku, (dari kaum adam untuk kaum hawa di luar sana),jom..! layanzzz….

1. Tidak Semua lelaki seperti David Blaine. Jadi jangan harap aku boleh membaca isi fikiranmu ketika kau membuat reaksi tanpa suara. Apa susahnya kalau cakap: “Aku Lapar, Aku minta dibelikan pakaian, Tolong rayu aku…!!”....Yeaaahhh...

2. Hari Jumaat adalah waktu rehat setelah 6 hari bekerja, jadi jangan harap aku mahu menemani kamu seharian jalan-jalan ke Bandar.

3. Berbelanja BUKAN sukan. Dan aku tidak akan berfikir ke arah itu.Bagi kami belanja adalah belanja, kalau sudah sesuai terus beli saja, perbezaan harga di kedai A dan B cuma seringgit jadi tak payah keliling bandar untuk cari yang paling murah, buang duit minyak je...Tuih..!

4. Menangis merupakan suatu Ugutan.Lebih baik kami mendengar suara kilat,petir, bom meletup daripada mendengar suara tangisanmu yang membuat kami tidak boleh berbuat apa-apa.

5. Tanya apa yang kamu mahu. Cubalah untuk paham tentang hal ini.Sindiran halus tidak akan dipahami,Sindiran kasar lagi tidak akan dipahami,terang-terangan menyindir juga aku tidak akan paham! Cakap terus apa salahnya!?

6. Ya dan Tidak adalah jawapan yang paling dapat diterima hampir semua pertanyaan. It’s Simple. Right?!!

7. Cerita kepada kami kalau mahu masalah kamu diselesaikan.Kerana itu yang akan kami lakukan.kalau Ingin dapatkan simpati saja, cerita saja ke kawan-kawan perempuanmu.

8. Sakit kepala selama 17 bulan adalah penyakit.jadi pergi jumpa doktor!..jangan harap kami akan mengurutnya.

9. Semua yang kami katakan 6 bulan lalu tidak boleh dipertimbangkan dalam suatu perdebatan. Sebenarnya, semua komen tak laku dan batal setelah 7 hari.Janji kami untuk menyeberangi lautan dan mendaki gunung itu hanyalah kiasan bahasa, jadi,,,jangan dianggap serius.

10. Kalau kamu tidak mahu pakai baju seksi-seksi, jangan harap kita berubah menjadi seperti artis drama.

11. Kalau kamu pikir kamu gemuk, mungkin saja. Jangan tanya kami lagi.Cermin lebih jujur daripada kami.

12. Kamu boleh meminta kami untuk melakukan sesuatu atau menyuruh kami menyelesaikannya dengan cara kamu. Tapi jangan dua-duanya sekaligus. Kalau kamu pikir boleh melakukannya lebih baik, kerjakan saja sendiri.

13. Kalau boleh,cakap apa yang nak kamu cakap ketika iklan saja.Ingat, jangan sekali-kali bercakap apalagi ketika saat tendangan penalti.

14. Kami bukan anak kecil lagi, jadi tidak perlu mengingatkan jangan lupa makan,selamat tidur, dan lain lain.Menurut kami itu hanyalah pemborosan duit topup saja.

15. Kalau gatal kan boleh digaru sendiri.

16. Kalau kami tanya ada apa dan kamu jawab tak ada apa-apa, kami akan berpikir memang tak ada apa-apa. Ingat, seperti no.1 kami bukanlah pembaca pikiran. cakap baby…!!..cakap….!!!!

17. Kalau kita berdua harus pergi ke suatu tempat, pakaian apapun yang kamu pakai,tetap sesuai. Betul, Jadi tidak ada alasan untuk tidak mahu pergi ke pesta kerana takde baju.

18. Jangan tanya apa yang kami pikir tentang sesuatu kecuali kamu memang mahu berbual tentang bola, game, billyard, memancing atau mungkin juga tentang teknik repair kereta dan motor.

19. Kami malas berdebat secara hati dan perasaan, ingat!! kami hanya pakai logik akal.

20. Terima kasih sebab sudi membacanya. Padan Muka perempuan..! hahaha....

Thursday, 19 July 2012

Doktor Sakit Otok


Hari ni aku rase sumbak ngat nak wat blog.. tak tahu nak tulis ape menda kat blog aku ni.. Pastu Dapat la satu idea yang bernas yang rase nak tulis kat blog ni.... Sumbak pom Sumbak laaa... Janji tulis dari dibiarkan kosong... hakhakhakhak!!! Hari ni Aku Nak sek mung geleng pale sambil hanggup pale layan lagu ning ehh.. Sekali sekala.... bukan selalu! no ha ha.. , no vitamin..,sumbak!

- Lirik Dr.Mental -

Anok zame loni kalu dey besar-besar
Budok zame loni kalu dey besar-besar

Anok zame loni kalu dey besar-besar
Budok zame loni kalu dey besar-besar

Anok zame loni kalu dey besar-besar
Budok zame loni kalu dey besar-besar

Anok zame loni kalu dey besar-besar
Ambo ni nok oyak perkaro hok duk jadi

Anok zame loni kalu dey besar-besar
Budok zame loni kalu dey besar-besar

Anok zame loni kalu dey besar-besar
Budok zame loni kalu dey besar-besar

Anok zame loni kalu dey besar-besar
Budok zame loni kalu dey besar-besar

Anok zame loni kalu dey besar-besar
Ambo ni nok oyak perkaro hok duk jadi

Goning kalu tak dok ore nok ajar, SESAT
Goning kalu tak dok ore nok ajar, BERAT

Tamboh pulok loni zamey duit MONEY
Serbo canggih barey teknologi

Makmal situ, makmal sini
Sapa dadoh demo bulih wak sendiri

Jadi susoh pulok kalu lebih cerdik
Ore hok bodo tu mudoh demo jetik

Mace mace caro demo cari duit
Limo kali brigak pon tok perit

Pakak-pakak lah kito sesal
Cepat-cepat lah kito kaba

Hok ado anok kecik, hok ado anok besar
Hok molek-molek bulih jadi kuca

Kesudahan kito sakit mental
Maso buke bulih diputar

Banyok masuk wad sekiterik
NO HA-HA, NO VITAMIN

Goning kalu tak dok ore nok ajar, BERAT
Goning kalu tak dok ore nok ajar, SESAT

Hidup kito loni keno steady
Buat kijo tu keno jadi

Dimano-mano pon ado rezeki
Asal kito rajin cari

Dio tok mari golek nga sendiri
Loni era globalisasi

Dunio canggih zame IT
Sumo letok dihujung jari

Mok pok mano hok tidok runsing
Anok tagih metaphetamin

Hari-hari duk palo pening
Sapa bilo nok duk lagu ni

Masa depe langsung tokleh jamin
Paling sedih hok ado anok bini

Ambik contoh mace Jeming
Tubuh kuruh kering,tapi lebih vitamin

Goning kalu tak dok ore nok ajar, SESAT
Goning kalu tak dok ore nok ajar, BERAT

Toksoh ikut, toksoh ikut, toksoh ikut kot
Toksoh ikut, toksoh ikut, toksoh ikut puok tuh

Toksoh buat, toksoh buat, toksoh buat wat
Toksoh buat, toksoh buat, toksoh buat mendo tu

Toksoh ambik, toksoh ambik, toksoh ambik bik
Toksoh ambik, toksoh ambik, toksoh ambik mendo tu

Toksoh ikut, toksoh ikut, toksoh ikut kot
Toksoh ikut, toksoh ikut, toksoh ikut puok tuh

Download Lagu tu Kat sini, :
http://www.ziddu.com/download/19965596/DoktorMental.mp3.html

Thursday, 12 July 2012

Surat Untuk Mama


Adik cuma nak tanya Ibu, kenapa begini jadinya?

Bu, adik cuma ingin bertanya...
Rasanya Ibu tak akan mampu menjawabnya...

Ibu ingat 14 feb tak?...
Malam tu ibu ada janji temu...
Ibu jumpa jejaka tu...
Ibu kata dia cintakan Ibu...
Benarkah Bu?

Dia puji dan puja Ibu...
Dia rayu dan belai Ibu...
Katanya cintanya hanya untuk Ibu...
Benarkah Bu?

Ibu terkhayal dengan pujukannya...
Ibu terbuai dalam bicaranya...
Ibu terlena oleh bisikannya...
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk Ibu...
Ibu izin dia sentuh jasad Ibu...
Ibu puas dapat buktikan setia Ibu...
Macam dia kata..
Dia mahu bukti cinta dari Ibu...
Tapi benarkah Bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang Ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil...
Hari ini buah cinta Ibu dan Dia telah terzahir...
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
Tapi benarkah bu?

Kenapa dia tidak sama menyambut adik?
Kemana dia telah pergi tidak azankan adik?
Mengapa ibu pun benci adik?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta Ibu dan Dia?
Dan yang adik ingin Ibu jawab...
Mengapa Ibu buang adik?
Mengapa Bu?

Tak terasakah sakit dan perit?...
Tak berbakikah kasih dan sayang?...
Dan... Tidak lagikah ibu berTuhan?
Benarkah soalan adik, Ibu?
Benarkah begitu, Ibu?

Adik cuma nak tanya je, Bu....
Jangan marah adik ya, Bu...

Adik tak kisah kalau mereka cakap adik anak haram...
Di sisi Tuhan, yang haram itu bukan adik...
Tapi, yang haram itu perbuatan Ibu...

Apapun, terima kasih Bu...
Tanpa Ibu, adik takkan dapat melihat dunia..
Biarpun sekejap...

Adik puas dapat jadi anak Ibu...
Moga Ibu kembali ke pangkal jalan..
Moga... Kepada ALLAH jua Ibu berTuhankan

Selamat tinggal Ibu...

Adik pergi dahulu...

Ulasan Hasyidan Abdullah :

     Korang tengoklah... ia cuma sekadar ayat biasa.. tapi bagaimana kalo ini yang ada dalam fikiran budak tu... korang tak kesian ke buang anak merata riti? tak rasa bersalah ke? bagi korang yang ada hati tu mesti boleh bayangkan macam mana time korang jalan-jalan, pastu ternampak mayat bayi kena gigit dengan kerengga dan semut tepi tong sampah. Bagaimana kalo itu sebenarnya anak saudara korang? atau sepupu? atau mungkin adik korang... ape yang korang rasa..?? korang akan gelak ke sambil cakap padan muka..? macam tu..?? fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah..... setiap perbuatan tu orang lain tak nampak, tapi allah nampak dan akan menilainya diakhirat nanti..

    Yang perempuan., jadilah gadis yang baik. jangan ingat nak ikut kata nafsu je. kita diakhir zaman dik. tak yah la fikir sangat sal lelaki. buat rilek je. sebenarnya, belaian kasih cinta dari seorang suami adalah lebih baik dan berkekalan berbanding belaian kasih dari seorang pakwe yang belum tentu lagi berkekalan. laki bila dah puas, korang dia buang tepi je. percayalah cakap aku sebab aku adalah seorang lelaki..

Thursday, 5 July 2012

Format Windows 7 (Guna Pendrive)


   Assalamualaikum... Hari ni dam nak ajar korang tentang macam mana nak format laptop atau PC korang yang xde DVD-Rom tapi hanya ade pendrive. okeh! Sebabnya nanti korang tak payahlah hantar ke kedai nak format laptop. Buat Bazir duit je.. tol ark..?! Panduan ni akan berfungsi 100% kalo korang ikut step dia satu persatu..

   Lagi satu bila korang dah pandai, korang boleh buat duit dengan ilmu ni, biasanya rm50 boleh dalam tangan yang cuma amik masa 15minit untuk format. okay lah! malas dah nak cakap panjang.. sekarang meh kite start...!

Bahan-bahan yang diperlukan :

1) Pendrive paling minimun 4GB.
2) CD Windows 7 (Yang ni korang boleh download dan burn kat CD atau beli kat kedai rm15)

Langkah-Langkah Dia pulak :

1) mula-mula Pastikan Antivirus anda di-EXIT atau DISABLE terlebih dahulu...



2) Cucuk Pendrive anda pada komputer dan pastikan dalam pendrive tu dah kosong dan takde barang anda.

3) Pergi ke START pastu taip dalam kotak tu CMD pastu tekan pada keyboard CTRL+SHIFT+ENTER sekali gus.@ (Run as administrator)

4) Kemudian Taip DISKPART pada CMD tu. Pastu tekan ENTER.

5) Kemudian Taip LIST DISK pada CMD tu. Pastu tekan ENTER.



6) Disini dam nak nyatakan bahawa dam punya pendrive adalah Disk 1. Jika Korang punya pendrive Disk 2, maka korang akan guna Disk 2.

7) Kemudian Taip pada CMD tu :

SELECT DISK 1. Pastu tekan ENTER.
CLEAN. Pastu tekan ENTER.
CREATE PARTITION PRIMARY. Pastu tekan ENTER.
SELECT PARTITION 1. Pastu tekan ENTER.
ACTIVE. Pastu tekan ENTER.
FORMAT FS=NTFS. Pastu tekan ENTER.

(Proses format ni mungkin mengambil masa beberapa minit, biasanya 30minit untuk pendrive 4GB, So korang tunggulah sampai 100%),Pastu...

ASSIGN. Pastu tekan ENTER.
EXIT. (Jangan Pangkah CMD ni Sebab kejap lagi kita nak guna lagi. minimize je dulu)

8) Kemudian masukkan CD Windows 7 anda kedalam DVD optical Drive pastu check
lokasi pendrive dan DVD rom anda.




9) disini dam nak nyatakan bahawa pendrive dam adalah (F:) dan Optical DVD Drive dam
adalah (E:).

10) Maximize kan balik CMD tadi pastu taip :

E: CD BOOT (dimana E: itu adalah CD rom anda). Pastu tekan ENTER.

CD BOOT. Pastu tekan ENTER.

BOOTSECT.EXE /NT60 F: (dimana F: itu adalah pendrive dam)

11) Selepas siap semua ni barulah korang boleh pangkah CMD tu pastu pergi kat DVD
windows 7 tu, pastu copy semua dalam CD tu dan masukkan kedalam pendrive anda.

12) Semasa nak format tu, tukar dulu BOOT option pada bios semasa nak format. biasanya kena tekan F2 atau F8 atau F12 semasa restart.

Itu saje yang dam nak kongsi untuk minggu ni, kalo ade masalah bolehlah komen pada facebook dam atau kat sni okay... assalamualaikum...

Thursday, 28 June 2012

Kasih Sebatang Paku


   Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak yang diasuh oleh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, merupakan seorang perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

   Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah dan melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya.

   Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

   Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya.

Pembantu rumah terus mengatakan "Tak tahu... !". “

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?"herdik si isteri lagi.

bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantikkan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

   Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Sibapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anakkecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit- jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Sibapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah terus mengadu.

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

   Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari tetap bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawab pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

   Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik.Pukul 5.00 siap" kata majikan nya itu.

   Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana luka yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

   Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

   Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

   Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.." katanya berulang kali  membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.

   Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi tidak dapat ditebus kembali, tiada manusia dapat menahan dari takdir yang telah ditentukan.. akhirnya, anak kecil itu kemudiannya meninggal dunia kerana sedih dengan keadaan dirinya yang kini tidak lagi mempunyai sepasang tangan untuk bermain.

Thursday, 21 June 2012

Aku Si Sumbak

Dalam Hidup Ini Memang Dipenuhi Dengan Peraturan... Betul tak..?
Sesekali Terasa jugak Macam Dikongkong Dengan Peraturan Ni kan,,..
Tetapi,,Kita Sebagai Manusia Kita Kenalah Ikut Gak Kan Walaupun Xnak..
Kat Bawah Ni Yang Awak Baca Adalah Sedikit Sebanyak Hal Hidup Saya...

Jom Bace Same-Same Ehhh:

1) Kalo Belajar Memang Malas Nak Bangun Awal. So Kalo Ade Pape Kerja Nak Suh Buat Kena Tunggu Tengahari Sebab Waktu Tu aku Dah Pun Bangun Tidur.

2) Malam-Malam Paling Aku Suka Keluar Sebab Selepas Penat Bekerja, Mesti Otak Mahu Enjoy.. Tol Tak..? Time Gni,, Cakap Macam Mane pun,, Aku Tetap Akan Keluar.. Tak Boleh Kuar Belah Pintu Depan,, Tingkap la Jadi Mangsanya...

3) Kerja Dengan Orang,, Kadang Kala Memang Selalu Kena Marah,, Biasa la Kan,, Kerja Dengan Orang So Kena Ikut Mood Boss Laa,, Tapi Ingat..! Semua Yang Dimarah/ Dileter/ Dijerit,, Takde Satu Pun Yang Akan Aku Dengar Dan Simpan Dalam Otak.. Masuk Telinga Kanan,, Kuar Belah Kiri.

4) Kadang-Kadang Pergi Bandar/UITM/Politeknik Atau Mane Saje,,Mesti Ade Aweks-Aweks Sengih-Sengih,,Jeling-Jeling,,Pandang-Pandang Kat Aku,, Mintak Nombor Pun ade.. But, Remember This..! Aku Bukan Jenis Lelaki Yang Mudah Jatuh Cinta Pada Perempuan. Bukan Gay! Tapi Hati Aku Hanya Milik Allah S.W.T.. Yang Duk Jeling-Jeling tu, Aku Senyum je membalas.. Yang mintak Nombor Tu,, Memang Disimpan Nombor Kamu, Tapi Mungkin Tak Mesej Okay. Maklumlah.. Saya Ni Hodoh. Nak Ngejas Awek Pon Malu Sebab Tak Hensem Macam Jericho Rosalles.

5) Hidup Aku Macam Kucing,, Kena Air Bagaikan Alergik.. Sejuk + Basah Paling Aku Tak Suka.. So.. Mandi Macam Biasa Dua Kali Sehari.. Tu Paling Banyak,, Paling Tak Suka Selipar Basah. Dan Tak Suka Direnjis Air Okay... Sape Renjis Air Kat Aku,, Aku Debok Lakam Nanti..!

6) Tidur@Tidur@Tidur,, Tu Paling Aku Suka.. Sape Pun Suka Tol Tak..? Time Tidur Kita Mengasah Minda Imaginasi Melalui Mimpi.. Bila Time Aku Tidur,, Jangan Kejutkan.. Biar Aje Okay..! Kam Dop Pasal-Pasal Kena Debok Lagi..

7) Pernah Jatuh Hati Kat Sengsorang Tu.. Gurl Arr.. Memang Bez.. Die Xlawa Mane pon.. Tubuh Shape Pun Xlawa.. But! I Felt In Love To Her Behavior.. Perangai Die Yang Owez Buat Aku Tersengih Tersenyum.. Kengkadang Time Nak Tidur Pun Still Teringat Kat Die.. Tapi Aku Xberani Nak Gtau Kat Die Sebab Takot Kena Reject..

8) HandFone Yang Maxis Memang Amat Penting Buat Aku.. Sebab Dalam fone Tu Lah Adenya Nombor Telefon Emylia.. Bukan Awek Okay.. Just Very Very Very Best Frenz Ever.. Die Lah Pendengar Masalah Aku.. Tempat Aku Mengadu.. Tempat Aku Luahkan Semuanya.. Thanks Emylia Cuz Sudi Jadi Teman Baik Dam... =)

9) Jenis Aku “Low Profile” Tu Katanya Rohidayah... Thats Right Bebeh.. Kalo Pergi Mane – Mane Memang Selekeh.. So Kalo Yang Lelaki Kalo Kuar Ngan Aku Memang DieOrang Dah Biasa.. Tapi Kalo Yang Gurl Ni,, Sorry K... Jangan Komplain.. Dah Memang Aku Xreti DressUP.. Sekadar Budak Kampung jeee... =))

Thursday, 14 June 2012

PowerNya Ayat Kursi


   Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya.

   Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu.

    Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

    Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

    Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

    Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.

    Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??"

Perogol tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.?"

   Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
    Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita.

    Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

    Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi.

    Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam. Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya...






Thursday, 7 June 2012

What is Lelaki?


Sebelum Korang Nak Lelaki Terpikat Dengan Korang,, Korang Kenalah Belajar Dulu Tengok Lelaki Tu Jenis Nak Dan Tak Nak Yang Macam Mana... Barulah Tak Terlingkup Perhubungan.. Tol tak..?? haha.. Kat Bawah Ni Ada Sedikit Sebanyak Mengenai Cara Lelaki.. Baca Ehh..

1) Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2) Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3) Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4) Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5) Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6) Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7) Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8) Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9) Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10) Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11) Lelaki juga akan menangis.

12) Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13) Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14) Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15) Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16) Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok.

17) Lelaki amat sayang ibu mereka.

18) Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19) Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20) Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21) Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22) Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23) Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24) Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25) Lelaki lebih banyak berfikir.

26) Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27) Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28) Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29) Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30) Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31) Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32) Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33) Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34) Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35) Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36) Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

37) Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Thursday, 31 May 2012

Diantara Mimpi Baginda


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1) Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2) Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3) Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4) Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5) Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7) Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8) Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9) Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Thursday, 24 May 2012

Cerita tentang kita


   Suatu ketika dahulu, hiduplah sepohon pokok epal yang besar dan kanak-kanak lelaki suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari. Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya dan tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya. Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu. Demikian juga pohon epal yang sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

Waktu terus berlalu dan terus berlalu..

Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya. Suatu hari ada seorang kanak-kanak mendatangi pohon epal itu. Wajahnya nampak sedih.

Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.

Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.

"Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya kepada orang ramai. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” .

Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira lalu dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.Namun setelah itu, kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihat kanak-kanak itu kembali..

Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.

Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.

Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?

Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.

Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.

Aku sedih” kata anak lelaki itu.

Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?

Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang - senanglah

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun lama kemudian.

Maaf anakku” kata pohon epal itu.

Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.

Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.

Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.

Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.

Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.

Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.

Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu

Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Kesimpulannya,
   pepohon itu diibaratkan seperti ibu bapa dan kite merupakan si anak kecil itu yang selalu atau seringkali melupakan jasa kedua ibu bapa kita yang telah banyak membantu dalam membesarkan kita. seperti pepohon epal itu tadi yang membantu kita dalam membesar dan menjadi orang yang berguna dan bijak pandai sentiasa membantu kita setiap kali kita berada didalam kesusahan.
   Tetapi mengapa kita sering saja melupakan jasanya setelah apa yang telah mereka lalukan untuk kita..? Jika diingatkan kembali,, semestinya setiap insan didalam dunia ini pernah dirotan dan dimarah oleh ibu dan ayah ketika kecil kerana kenakalan kita,right..? mesti ada yang timbul didalam hati perasaan marah dan benci kepada ibu dan ayah kerana merotan kita,, tapi adakah kita faham apa yang cuba disampaikan oleh ibu bapa kita itu..?
   Mungkin ada sesetengah orang yang dibesarkan tanpa ibu dan ayah tapi jika yang dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu dan ayah semestinya pernah merasainya. Kita haruslah bersyukur diberikan ibu dan ayah kerana disitulah terletaknya segala jasa yang telah dicurahkan kepada kita.